Tuesday, 16 August 2011

Resipi : Cheese Cake

BAHAN-BAHAN:
160 gram digestive biscuit
80 gram mentega

Cara menyediakannya:
1.    Tumbuk2 biskut digestive tu sampai hancur. Kemudian, cairkan mentega & campurkan dlm biskut yg hancur tadi. Gaul rata. Bila dah rata, ambik loyang (aku pakai silicone mould 4 segi size 18) ratakan adunan biskut tu rata2. Masukkan dlm petisejuk.

Untuk Cheesecake

Bahan A
300 gram philadelphia crean cheese
300 gram whipping cream
125 gram fruit yogurt
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar lemon jus
5 sudu besar freshmilk

Bahan B
10 gram gelatine*
50 ml air*
(masukkan gelatin dlm air, kemudian cairkan secara double boiler)

Bahan topping: Summer fruit topping (beli kat Asda da...)

Cara menyediakannya:
1.    Blend semua bahan A sehingga sebati.Kemudian masukkan Bahan B. Blend lagi sampai betul2 sebati. Kemudian, keluarkan loyang berisi biskut tadi dr peti sejuk, tuang adunan cheese. Sejukkan selama lebih kurang 2 jam. Bila adunan dah keras dan tegap, potong2 ikut bentuk yg disukai dan scoop fruit topping diatasnyer.

Monday, 15 August 2011

Resipi : Sos Black Papper Sauce

Sehari dua ni Mak Inang duk asyik teringin jer nak makan western! Al maklumlah.. di bula pose ni kan.. macam-macam terbayang di mato dan akal pikiran... so, ni Mak Inang adalah jumpa beberapa resipi..dan Mak Inang akan share kan bersama kome semua ya!

Black Papper Sauce

BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam

CARA MENYEDIAKANNYA:
1.    Cairkan butter dlm saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata. Bila dah berbuih2 gitu masukkan freshmilk,black pepper,mushroom & kiub pati ayam. Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam. Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana.

Sangat mudah bukan?? Marilah kita cuba sama-sama...

Apa Itu Anemia???


ANEMIA merupakan penyakit yang melemahkan tubuh badan! Penyakit ne disebabkan oleh kekurangan sel darahmerah, kehilangan darah yang berlebihan atau jangkitan dan seterusnya akan menyebabkan daya tubuh menjadi lemah.

Jadi, jika di dahi tue ada tertampal perkataan 'ANEMIA' sudah pastinya hidup kita tak akan ceria bukan? Malah prestasi kerja dan aktiviti harian juga akan merosot! bahaya tue Kak Bedah oiii....!!

Jadi di sini Mak Inang nk kongsilah sikit INFO tentang ANEMIA ne...

Tanda-tanda Anemia
+ Kulit pucat terutama di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.
+ Lesu, tidak bermaya.
+ Sesak nafas selepas melakukan aktiviti
+ Pening, dan kadar nadi yang meningkat mendadak

Bagaimana cara untuk mencegah??
Senang jer dik non.... diet yang sihat! Sebenarnya penyakit ne berpunca daripada pemakanan yang tak sihat! dan seperti biasa harus bersenam la yer!

3 Juta Tonton Video Klip Asyraf Diserang!

Amboii... tak pasal-pasal adik Asyraf kita ni fofular kan... tapi Mak Inang memang kesian sgt bila tengok video dia.. nasib baik lah dia x cedera dengan teruk! Video tersebut merupakan klip video single mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain. Adik Asyraf Haziq Rosli, 20 merupakan pelajar tahun pertama dalam jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College. Walau bagaimana pun, status terkini adik Asyraf, beliau baru sahaja keluar dari Royal London Hospital selepas menjalani pembedahan. Adik Asyraf memberitahu wartawan bahawa dia tidak akan mempunya perasaan dendam atau benci kepada rakyat Britain...gituewww... baik sungguh hati adik Asyraf ni kan! Dan jangan tak tahu, sebuah laman web telah diwujudkan Let's Do Something Nice For Asyraf Haziq bagi memungut sumbangan wang untuk adik Haziq! Satu pujian yang Mak Inang berikan kepada rakyat Britain ne..  ada tak rasa-rasanya rakyat Malaysia yang buat laman web untuk adik Asyraf ne secara sukarela?? Dan hari ini Mak Inang dapat berita dana tersebut telah mencecah hampir RM100,000.00! Wow! sungguh dasyat! Apa-apa pun Mak Inang mendoakan semoga adik Asyraf sihat dan dapat memulakan kuliahnya seperti biasa...

OPS Sikap Ke-24 Sudah Bermula!

"Selamat Hari Raya..hari untuk kita bersuka ria..."

Alahai...sudah bermula rupanya semangat Hari Raya yang tidak berapa lama jer lagi untuk kita sama-sama menyambutnya! Anda semua bagaimana? Persiapan sudah siap ke? Kuih muih sudah beli? Bila sebut raya ne... sudah pasti semua masyarakat tidak kira bangsa mengambil kesempatan untuk balik ke kampung atau pergi bercuti dengan keluarga.. oleh itu.. Mak Inang nak pesan la yer.. bahawa OPS Sikap Ke-24 akan beroperasi pada 22 Ogos ini, bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dan insiden2 buruksss... harap simpang la yer!! Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi yg dituju...

Majalah Media Sukses



Majalah: MEDIA SUKSES

Media Suskses merupakan sebuah majalah yang memaparkan kisah kejayaan usahawan Malaysia yang telah berjaya menaik taraf kehidupan dengan pelbagai bidang perniagaan yang diceburi. Kisah kejayaan ini bukan sahaja menjadi contoh malah memberi inspirasi kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan dari industri kecil hingga ke besar!

Bagi mereka yang ingin memaparkan IKLAN, Media Sukses juga sedia menerima dengan beberapa pakej yang mampu untuk memperkenalkan produk anda!

1. Business Card/Call Card Promotion
+ RM200 untuk 1 keluaran
+ FREE 5 naskah Majalah Media Sukses (Keluaran terkini dimana call card anda disiarkan)

2. COVER Majalah Media Sukses
+ RM15,000 untuk 1 keluaran
+ FREE 5 muka surat cerita/iklan anda
+ FREE 1000 naskah Majalah Media Sukses ATAU
+ 3000 naskah ditawarkan dengan harga RM6.00 senaskah untuk dijual.

3. 2 Muka Cerita/Iklan
+ RM2000 untuk 1 keluaran
+ FREE 100 naskah Majalah Media Sukses

4. 1 Muka Cerita/Iklan
+ RM1,500 untuk 1 keluaran
+ FREE 100 naskah Majalah Media Sukses

5. 1/2 Muka Cerita/Iklan
+ RM750 untuk 1 keluaran
+ FREE 50 naskah Majalah Media Sukses

Untuk sebarang Tempahan atau Pertanyaan
Sila Hubungi: 013-3559145 sherryl


Jawatan Kosong UITM

Institut Perkembangan Pendidikan (InED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan (Tabung Amanah InED) di InED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

1. PENOLONG PENDAFTAR N41
2. PEGAWAI EKSEKUTIF N27
3. PEREKA B27
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
5. PENOLONG AKAUNTAN W27


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Ogos 2011