Monday, 15 August 2011

3 Juta Tonton Video Klip Asyraf Diserang!

Amboii... tak pasal-pasal adik Asyraf kita ni fofular kan... tapi Mak Inang memang kesian sgt bila tengok video dia.. nasib baik lah dia x cedera dengan teruk! Video tersebut merupakan klip video single mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain. Adik Asyraf Haziq Rosli, 20 merupakan pelajar tahun pertama dalam jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College. Walau bagaimana pun, status terkini adik Asyraf, beliau baru sahaja keluar dari Royal London Hospital selepas menjalani pembedahan. Adik Asyraf memberitahu wartawan bahawa dia tidak akan mempunya perasaan dendam atau benci kepada rakyat Britain...gituewww... baik sungguh hati adik Asyraf ni kan! Dan jangan tak tahu, sebuah laman web telah diwujudkan Let's Do Something Nice For Asyraf Haziq bagi memungut sumbangan wang untuk adik Haziq! Satu pujian yang Mak Inang berikan kepada rakyat Britain ne..  ada tak rasa-rasanya rakyat Malaysia yang buat laman web untuk adik Asyraf ne secara sukarela?? Dan hari ini Mak Inang dapat berita dana tersebut telah mencecah hampir RM100,000.00! Wow! sungguh dasyat! Apa-apa pun Mak Inang mendoakan semoga adik Asyraf sihat dan dapat memulakan kuliahnya seperti biasa...

No comments:

Post a Comment